AHLI JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SMK MATANG
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH
- 1. Merancang kewujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan dan strategi perkembangannya.
- 2. Menentukan sumber kewangan PSS.
- 3. Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti bahan cetak (buku dan lain-lain), media teknologi dan bahan-bahan bantu mengajar/ belajar.
- 4. Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja.
- 5. Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya: menentukan jadual tugas, jadual waktu penggunaan PSS, peruntukan masa pinjaman dan lain-lain
- 6. Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran mengenai keperluan-keperluan di masa akan datang. Contoh-contohnya: keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan kegiatan-kegiatan lain seperti pameran dan sebagainya.
- 7. Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral dan material. Contohnya: wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar, bahan media teknologi, kepakaran tertentu dan sebagainya.
SENARAI TUGAS SETIAUSAHA / GURU PERPUSTAKAAN MEDIA
- 1. Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 – 8 waktu seminggu
- 2. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah
- 3. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber sekolah
- 4. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif , seimbang dan kems kini
- 5. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
- 6. Merancang dan mengurus program pembacaan ( Program NILAM ) dan pembudayaan ilmu
- 7. Merancang , melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan pusat sumber sekolah .
- 8. Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah
- 9. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber secara kolaboratif
- 10. Berhubung dan bekerjasama dengan BTPN / PKG / Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan promosi pusat sumber sekolah
- 11. Menyelia dan mengurus bahan-bahan pusat sumber sekolah
- 12. menyelia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk / Kerja pusat sumber sekolah
- 13. Memantau dan mengawal selian pelaksanaan program pusat sumber sekolah
- 14. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan pusat sumber sekolah.
- 15. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri
- 16. Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan pusat sumber sekolah
- 17. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan program dan aktiviti serta kewangan pusat sumber sekolah
- 18. Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan BTPN
- 19. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.
SENARAI TUGAS GURU PERPUSTAKAAN
- Membantu GPM / Penyelaras dalam pengurusan dan pentadbiran PSS
- Mengkelas, merekod dan mengkatalog koleksi bahan perpustakaan
- Menjalankan kerja-kerja membaikpulih, menyemak dan menghapuskira koleksi/bahan perpustakaan
- Menceriakan suasana perpustakaan supaya dapat menarik minat pelajar menggunakan perpustakaan
- Menyediakan rancangan pembangunan fizikal, perabot dan koleksi bahan
- Menyediakan perancangan dan melakukan promosi aktiviti perpustakaan yang bersesuaian dengan objektif PSS
- Menubuhkan J/Kuasa Guru Pembantu Perpustakaan dan pengagihan bidang tugas
- Mengadakan orientasi bagi pelajar-pelajar baru supaya mereka tahu menggunakan PSS dengan baik dan betul
- Mempromosi dan mempamerkan koleksi bahan-bahan baru yang diterima untuk makluman guru dan pelajar
- Mengatur jadual waktu penggunaan perpustakaan mengikut keperluan di sekolah
- Melatih dan menyelia Kerani dan Pengawas Perpustakaan untuk membantu menguruskan perpustakaan
- Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
- Memperoleh dan menyemak Bibliografi-bibliografi, Katalog-katalog daripada penerbit-penerbit atau punca-punca tertentu untuk mengetahui jenis-jenis buku yang perlu dan dapat dibeli.
- Mengajar kemahiran pengendalian maklumat kepada guru-guru, dan pelajar mengikut keperluan.
- Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun
SENARAI TUGAS KETUA BIDANG / KETUA PANITIA
- Membantu J/Kuasa PSS memilih dan mendapatkan alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk kegunaan guru dan pelajar
- Membantu J/Kuasa PSS menilai keberkesanan alat dan bahan media yang dibeli atau dihasilkan sendiri
- Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengetua
- Merancang pembangunan koleksi bahan mengikut mata pelajaran.
- Membantu menyusun, mempromosi dan menyediakan senarai alat/bahan mengikut kemudahan guru-guru.
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH
- 1. Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan dilaksanakan.
- 2. Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber.
- 3. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS untuk dimajukan ke Jawatankuasa Induk.
- 4. Menyediakan laporan tahunan Pusat Sumber Sekolah.
- 5. Merancang dan melaksanakan program perkembangan kakitangan.
- 6. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
- 7. Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai media pendidikan yang terdapat di Pusat Sumber.
- 8. Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti Pusat Sumber.
SENARAI TUGAS GURU MEDIA PENDIDIKAN
- Membantu Penyelaras PSS dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan PSS
- Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh J/Kuasa Induk
- Menyedia dan menyesuaikan Jadual Waktu TVP dan lain-lain media Teknologi
- Memastikan guru-guru membuat catatan pada buku rekod berkenaan
- Membuat penilaian terhadap program TVP dari semasa ke semasa.
- Menyediakan laporan-laporan mengenai penggunaan Rancangan TVP dan bahan-bahan media teknologi lain kepada J/Kuasa Induk PSS
- Memberi pendedahan dan latihan mengenai penggunaan Media Teknologi di PSS kepada guru-guru lain, Kerani PSS dan Pengawas
- Mengesyor dan menggalakkan penggunaan sumber-sumber bagi meninggikan tahap pencapaian pengajaran dan pembelajaran
- Mengurus dan mengelolakan usaha-usaha produksi dan duplikasi sumber-sumber perisian media teknologi di PSS
- Bertanggungjawab dalam penyusunan perkakas dan perisian media teknologi di PSS
- Membuat penilaian mengenai perkhidmatan dan penggunaan bahan teknologi di PSS
- Mengenalpasti dan mencadangkan kemasukan alat/ teknologi baru mengikut keperluan dan kemampuan sekolah.
- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Pengetua
SENARAI TUGAS PEMBANTU PERPUSTAKAAN
URUSAN AWAM
- Mengawal perpustakaan semasa dibuka
- Mengaturkan buku-buku yang telah dipulangkan di atas rak-rak
- Menjaga kebersihan perpustakaan
PINJAMAN
- Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pinjaman
- Menyemak buku-buku yang dipulangkan
- Mengirimkan notis peringatan kepada peminjam-peminjam yang belum memulangkan buku
- Menyediakan perangkaan mengenai pinjaman
PEMBELIAN
- Menjalan kerja perkeranian mengenai pembelian seperti menyediakan senarai pesanan, menaipkan surat dan menyemak bahan-bahan yang baru dibeli
MEMPROSESKAN BUKU-BUKU
- Menyediakan senarai rak
- Menulis nombor panggilan di atas tiap-tiap buku
- Menyediakan kocek dan slip tarikh bagi setiap buku
- Menyediakan kad-kad katalog serta lain-lain kerja berkaitan dengan memproses buku, majalah dan sebagainya
MEMPERBAIKI BUKU
- membaikpulih buku-buku yang rosak atau koyak
- menjilid majalah dan lain-lain yang perlu
BAHAN-BAHAN YANG BUKAN BERBENTUK BUKU
- Menyediakan bahan-bahan yang bukan berbentuk buku seperti gambar-gambar, guntingan akhbar dan sebagainya
MENAIP
- Pengautomasian PSS
- Menaip kad-kad Katalog bagi setiap buku, senarai buku dan sebagainya
REKOD
- Merekod dan menyimpan mengenai bahan-bahan dan kewangan PSS
- Menguruskan hal-hal berkaitan dengan 'Stock Checking'/Penyemakan Stok
- Menyusun Kad-kad Katalog
SERANTA
- Menyediakan Pameran Buku, Papan Kenyataan dan sebagainya
LAIN-LAIN TUGAS
- Menolong guru-guru PSS dalam pentadbiran am dan sebagainya
- Menjalankan tugas-tugas lain mengenai PSS yang diarahkan oleh Guru-guru PSS, Penyelaras PSS (GKP 1) dan Pengetua
No comments:
Post a Comment