SELAMAT DATANG KE BLOG PSS SeMAT

Tuesday 18 September 2012

Kenali GPM anda




Nama
KHAIROSE BT ZAINOL
Jawatan Hakiki
GURU PERPUSTAKAAN MEDIA
Gred Jawatan
PPPS DG 41
Bahagian / Unit
PUSAT SUMBER SEKOLAH
Tarikh Memegang Jawatan
1 JULAI  2009
Tarikh Penempatan
2 JANUARI 2005

Tuesday 11 September 2012

Selamat Datang

Selamat Datang ke PSS Semat





PROFIL SEKOLAH 

(SMK Matang, Hulu Terengganu – Kategori Sekolah Menengah) 

SMK Matang terletak kira-kira 15 km dari pekan Kuala Berang, Hulu Terengganu atau kira-kira 50 km dari bandar Kuala Terengganu. Sekolah ini mula dibuka pada 1 Disember 1982. Pada tahun 1999 juga, sekolah ini telah dipilih sebagai salah sebuah daripada 87 buah sekolah bestari di Malaysia dan salah sebuah daripada 4 buah sekolah bestari di Terengganu. Bermula pada tahun ini (2007), sekolah SMK Matang diberi mandat sebagai model sekolah bestari bagi kawasan pedalaman dan merupakan salah sebuah daripada “sekolah bestari” luar bandar. 

PSS SMK Matang mula ditubuhkan pada bulan MAC 2001. PSS ini sememangnya telah wujud semenjak tahun 1982 tetapi hanya beroperasi di dua buah bilik kelas untuk perpustakaan dan APD. Tetapi apabila bangunan khas siap, urusan pemindahan dilakukan mulai bulan MAC 2001 dan selesai penyusunan semula bahan-bahan pada bulan JUN 2001. Bermula dari 2001 PSS ini dibuka kepada pelajar dan guru serta kakitangan. PSS SEMAT telah dirasmikan oleh Tn Haji Abdul Rashid bin Abdul Majid iaitu Mantan Pengetua SMK Matang (1hb Oktober 2001). 


Pada Feb 2005, PSS SEMAT telah melakukan perpindahan ke tempat yang lebih strategic iaitu di Blok Al-Farabi. Sebanyak 5 kelas telah digunakan sebagai pusat operasi PSS utama iaitu Bilik SAC, Perpustakaan, Bilik BBM dan Bilik Tayangan. PSS SMK Matang telah mengecapi beberapa kejayaan, antaranya ; 

1. Johan Pusat Sumber Sekolah Daerah Hulu Terengganu Tahun 2005 

2. Johan Pusat Sumber Sekolah Daerah Hulu Terengganu Tahun 2011 

3. Johan Pusat Sumber Cemerlang Sempena Karnival Pendidikan Negeri Terengganu Tahun 2011 

4. Calon Anugerah NILAM pelajar Peringkat Kebangsaan Kategori Sekolah  Menengah Luar Bandar tahun 
    2009 (Adik Siti Nor Farliza binti Mat Arif) 

5. Calon Anugerah NILAM pelajar Peringkat Negeri & Daerah Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar 
    tahun 2009. (Adik Siti Nor Farliza binti Mat Arif) 

6. Calon Anugerah NILAM pelajar Peringkat Negeri & Daerah Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar 
    tahun 2010. (Adik Mohammad Hakimi bin Samsudin) 

7. Penarafan 5 bintang Indeks Qualiti Pusat Sumber Sekolah (IQPSS) tahun 2011. 

8. Penarafan 5 bintang Smart School Qualification Standards (SSQS) tahun 2011. 

9. Mewakili Negeri Terengganu dalam Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang (APSSC) Peringkat 
    Kebangsaan pada 28 April 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC), Kuala Lumpur. 

10. Johan PSS Daerah Sempena Sambutan Hari Guru Daerah Hulu Terengganu tahun 2012. 

11. Calon Anugerah NILAM pelajar Peringkat Negeri & Daerah Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar 
      tahun 2012. (Adik Wan Nur Syazwani binti Wan Harun)