SELAMAT DATANG KE BLOG PSS SeMAT

INFO PSS

Sejarah Penubuhan Pusat Sumber


Pusat sumber sekolah (PSS) merupakan gedung ilmu pengetahuan bagi sesebuah sekolah PSS berkemampuan membantu dan memperbaiki kualiti pendidikan yang seterusnya mempertingkatkan prestasi pencapaian akademik khususnya para pelajar. Ini selaras dengan hala tuju PSS sebagai wadah ilmu dan kecemerlangan pelajar.
            PSS SMK Matang mula ditubuhkan pada bulan MAC 2001. PSS ini sememangnya telah wujud semenjak tahun 1982 tetapi hanya beroperasi di dua buah bilik kelas untuk perpustakaan dan APD. Tetapi apabila bangunan khas siap, urusan pemindahan dilakukan mulai bulan MAC 2001 dan selesai penyusunan semula bahan-bahan pada bulan JUN 2001. Bermula dari 2001 PSS ini dibuka kepada pelajar dan guru serta kakitangan. PSS SEMAT telah dirasmikan oleh Tn Haji Abdul Rashid bin Abdul Majid iaitu Mantan Pengetua SMK Matang (1hb Oktober 2001)
            Pada Feb 2005, PSS SEMAT telah melakukan perpindahan ke tempat yang lebih strategic iaitu di Blok Al-Farabi. Sebanyak 5 kelas telah digunakan sebagai pusat operasi PSS utama iaitu Bilik SAC, Perpustakaan, Bilik BBM dan Bilik Tayangan. Pada 16 Mei 2006, PSS SEMAT telah Berjaya merangkul JOHAN PSS Peringkat Daerah Hulu Terengganu.



Lokasi PSS
Pelan

Visi Pusat Sumber

SeMAT berdaya saing tersohor menjelang 2013.


Misi PSS 

Menyediakan pendidikan berkualiti melalui penguasaan ilmu duniawi dan ukhrawi, pemantapan iman dan penghayatan amalan untuk melahirkan modal insan kamil



Piagam PSS
Kami warga Pusat Sumber dengan janji ikhlas dan bertanggungjawab sesungguhnya berhasrat secara berterusan akan :
1. Memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua pelajar.
2. Mengurus dan menyediakan perkhidmatan terbaik ke arah kecemerlangan pelajar
3. Mewujudkan iklam pusat sumber yang kondusif untuk pembelajaran
4. Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dan sanggup menerima sebarang pandangan dan cadangan .

Matlamat PSS1. Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
2. Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama. 
3. Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.

Objektif PSS
1. Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
2. Menggalakkan para pelajar dan guru-guru menggunakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran di pusat sumber
3. Meningkatkan profesionalisme guru
4. Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
5. Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.

Fungsi dan Peranan PSS 
Pusat Sumber sekolah memainkan peranan penting untuk menawarkankemudahan dan laluan intelektual kepada maklumat .
Pusat Sumber SeMAT akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dengan menawarkan sumber-sumber aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat .

No comments:

Post a Comment